Tag Archives: keluarga

1 Ramadhan kali ini lah!

assalamua’alaikum…

Setiap kali buat entry baru tak kan la aku nak bgtau yg dah lama tak masuk belog ini kan..

Btw, Ramadhan sudah tiba.. Yok berpuasa dgn penghayatan yg sebenar2nya.. Maksud di sini bukan stakat lapar dahaga saja. Jaga segala2nya, yg paling penting ialah jaga hati, jaga hubungan, jaga iman.. InsyaAllah segala2nya mudah.

Buat kali pertamanya, dalam sejarah. sehari sblm puasa aku berpuasa utk byr hutang puasa yg lepas. So sad, aku kalau boleh mmg tak nak begini, tp itulah namanya manusia, sentiasa lupa dan penuh kekhilafan.

Dan ternyata Allah mmg nak menguji aku, di hujung2 puasa tu yg sepatutnya aku bersemangat utk sambut Ramadhan aku diberi sedikit kesakitan demam, selsema dan batuk. Dalam masa yg aku kena puasa tu, dan akhirnya aku sedar, Allah sentiasa menunggu utk aku bayar hutang puasa tu tapi aku lalai, dan juga pada hari yg sama aku diuji dgn sedikit kesempitan $$. Padahal aku tahu, apalah nilai wang itu jika nk dibandingkan dgn Kebesaran Allah yg Maha Esa. Subhanallah!!

Mujur suami tercinta ada utk memberikan moral support dan nasihat2 yg tak berlapik. Terkena sedas, ttg rezeki, ttg ketenangan, ttg Kekuasaan Allah. Alhamdulillah, dari satu segi aku amat2 bersyukur atas perubahan beliau. Dan betul2 berharap dia akan terus jadi lebih baik dari sehari ke sehari, begitu juga dgn aku dan keluarga..

Harapan Ramadhan kali ini lah!!

Lebih baik dari Ramadhan yg lepas2, apa lagi yg nak aku harapkan selain rahmat dan kasih syg Mu Ya Allah. Aku tak peduli apa pndgn manusia pd ku yg penting pandangan Mu yg lebih penting dr segala2nya..

Jaga Hati, Jaga Hubungan, Jaga Iman.

Salam sayang,

aku yg comel 🙂

Advertisements