Tag Archives: Airasia tiket flight

Aidilfitri Trip to Jitra – My son’s Wishlist

Ya! Hujung tahun lepas, memang aku berniat nak makbulkan impian anak sulongku Amir Al-Hakim untuk naik kapal terbang. Allah gerakkan hati aku untuk check tiket flight masa bulan puasa haritu, dan dapatlah tiket tambang murah kapalterbang AirAsia dari LCCT ke AOR, pada 13 Ogos 2013 jam 0710 .. iaitu pagi esok..

AA 1

Yang teruja sama adalah pastinya diri aku, sebab tak sabar nak lihat kegembiraan di mata anak lelaki itu sebab impian sudah tercapai. Walaupun cuma sejam tapi sekurang-kurangnya dapatlah beliau rasa pengalaman naik flight. Lain kali tak la janggal apabila impian kita sekeluarga tercapai iaitu (…..WISHLIST…)

Jangan tak tahu yang sebenarnya harga tiket flight tersebut adalah RM3 seorang. Bila dikira caj2 lain termasuk pemilihan seat tu yang jadi total rm170 sehala dari KL ke AS untuk kami 4 beranak..

AA 2

Abah, ummi dah belanja tiket bas dari Melaka ke LCCT dan tiket flight dari LCCT ke Alor Setar. Diharap abah dapat sponsor tiket balik ke Melaka. Samada dengan bas, flight, keretapi atau lori.. haha.. yang penting kami dapat pulang ke Selatan dengan selamat.. Amin..

P/S: Misi adalah untuk menuntut ilmu buat kek coklat moist yang sedap itu dari kak Yayah, serta bertukar-tukar idea dan strategi business (chewah!!) Semoga mendapat keberkatan dan dipermudahkanNya..

Salam sayang,

Rahz Bakers Ent.

Advertisements