Category Archives: mylife

Saya sudah pindah :)

Iya.. malam ini aku banyak tengok rear mirror dalam kereta kehidupanku, bila aku buka kembali blog usang. Rupa-rupanya aku dah ada 4 (empat) personal weblog (termasuk yang ini) sebelum ini. Dan bak kata mentor, rear/side mirror kena tengok kadang-kadang, yang selalu kita kena tengok mestilah cermin kereta yang di depan.

Image

Jadi aku mengambil keputusan untuk pindah rumah baru, yang blogspot sebab senang sikit link dengan google. Lagipun blogspot lebih user friendly sekarang ni. (jangan marah ye wordpress!) Tak apa, http://www.rahzbakers.my masih wordpress setakat ini..

Mari aku senaraikan belog lama aku untuk tatapan sendiri..

1) http://iffah-506.blogspot.com/

Belog yang mula2 aku bina, construct. banyak berkisar masa aku belajar, dan sahabat baikku dunia akhirat. Post terakhir tentang aku bertunang dengan suami aku sekarang :P.

2) http://mrs-peratus.blogspot.com/

Tentang kehidupan dan perkongsian aku dan suami. Bak kata orang asam garam orang baru nak mula hidup rumahtangga gitu! Post terakhir adalah kelahiran anak sulong kami, Amir Al-Hakim.

3)http://ummi-hakim.blogspot.com/

Belog terakhir sebelum aku pindah rumah maya ke sini. Mestilah aku dah setting untuk diri aku sendiri. Orang lain tak boleh bukak. Atas sebab-sebab tertentu yang tak perlu aku huraikan di sini. Everybody have their own secret kan? ngehehehe.. dan pastinya belog itu aku tutup dengan entry terbaik. Tapi tetap perancangan Allah adalah lebih baik dari aku, sebagai hamba yang kerdil ini. Thank you Allah!!

4) https://safiyah07.wordpress.com/

Belog yang konon-konon nak mulakan hidup baharu yang sebenarnya kompas kehidupan aku pun bearingnya macam rosak. Dan sekarang Alhamdulillah, Allah dah tarik dan selalu ingatkan aku tentang erti kehidupan. Diberinya ribut petir dan segala macam dugaan untuk aku rasa lebih dewasa dan lebih disayangi oleh Sang Pencipta. Sebab di sana lebih banyak kemanisan yang aku perlu rasa.

5) http://richyzahrah.blogspot.com/

Belog terbaharu dan baru dibuka beberapa minit lepas. Semoga dengan pindah rumah banglo ini, rezeki dan rahmat akan melimpah ruah.. Amin amin..

Salam sayang,

Aku yang cute 🙂

p/s: Meh le ke rumah baru i, i ada buat housewarming sempena Aidilfitri :p

Advertisements

Aidilfitri Trip to Jitra – My son’s Wishlist

Ya! Hujung tahun lepas, memang aku berniat nak makbulkan impian anak sulongku Amir Al-Hakim untuk naik kapal terbang. Allah gerakkan hati aku untuk check tiket flight masa bulan puasa haritu, dan dapatlah tiket tambang murah kapalterbang AirAsia dari LCCT ke AOR, pada 13 Ogos 2013 jam 0710 .. iaitu pagi esok..

AA 1

Yang teruja sama adalah pastinya diri aku, sebab tak sabar nak lihat kegembiraan di mata anak lelaki itu sebab impian sudah tercapai. Walaupun cuma sejam tapi sekurang-kurangnya dapatlah beliau rasa pengalaman naik flight. Lain kali tak la janggal apabila impian kita sekeluarga tercapai iaitu (…..WISHLIST…)

Jangan tak tahu yang sebenarnya harga tiket flight tersebut adalah RM3 seorang. Bila dikira caj2 lain termasuk pemilihan seat tu yang jadi total rm170 sehala dari KL ke AS untuk kami 4 beranak..

AA 2

Abah, ummi dah belanja tiket bas dari Melaka ke LCCT dan tiket flight dari LCCT ke Alor Setar. Diharap abah dapat sponsor tiket balik ke Melaka. Samada dengan bas, flight, keretapi atau lori.. haha.. yang penting kami dapat pulang ke Selatan dengan selamat.. Amin..

P/S: Misi adalah untuk menuntut ilmu buat kek coklat moist yang sedap itu dari kak Yayah, serta bertukar-tukar idea dan strategi business (chewah!!) Semoga mendapat keberkatan dan dipermudahkanNya..

Salam sayang,

Rahz Bakers Ent.

1 Ramadhan kali ini lah!

assalamua’alaikum…

Setiap kali buat entry baru tak kan la aku nak bgtau yg dah lama tak masuk belog ini kan..

Btw, Ramadhan sudah tiba.. Yok berpuasa dgn penghayatan yg sebenar2nya.. Maksud di sini bukan stakat lapar dahaga saja. Jaga segala2nya, yg paling penting ialah jaga hati, jaga hubungan, jaga iman.. InsyaAllah segala2nya mudah.

Buat kali pertamanya, dalam sejarah. sehari sblm puasa aku berpuasa utk byr hutang puasa yg lepas. So sad, aku kalau boleh mmg tak nak begini, tp itulah namanya manusia, sentiasa lupa dan penuh kekhilafan.

Dan ternyata Allah mmg nak menguji aku, di hujung2 puasa tu yg sepatutnya aku bersemangat utk sambut Ramadhan aku diberi sedikit kesakitan demam, selsema dan batuk. Dalam masa yg aku kena puasa tu, dan akhirnya aku sedar, Allah sentiasa menunggu utk aku bayar hutang puasa tu tapi aku lalai, dan juga pada hari yg sama aku diuji dgn sedikit kesempitan $$. Padahal aku tahu, apalah nilai wang itu jika nk dibandingkan dgn Kebesaran Allah yg Maha Esa. Subhanallah!!

Mujur suami tercinta ada utk memberikan moral support dan nasihat2 yg tak berlapik. Terkena sedas, ttg rezeki, ttg ketenangan, ttg Kekuasaan Allah. Alhamdulillah, dari satu segi aku amat2 bersyukur atas perubahan beliau. Dan betul2 berharap dia akan terus jadi lebih baik dari sehari ke sehari, begitu juga dgn aku dan keluarga..

Harapan Ramadhan kali ini lah!!

Lebih baik dari Ramadhan yg lepas2, apa lagi yg nak aku harapkan selain rahmat dan kasih syg Mu Ya Allah. Aku tak peduli apa pndgn manusia pd ku yg penting pandangan Mu yg lebih penting dr segala2nya..

Jaga Hati, Jaga Hubungan, Jaga Iman.

Salam sayang,

aku yg comel 🙂

GCAP 7 @ MITA – A journey to remember – PART 2

Aku rasa mood utk menaip dn mengarang panjang2 adalah malas. Makanya :

Tarikh: 18 Mac 2013

Hari: Selasa

Lokasi: Putrajaya – Kota Kemuning

Mulai perjlnan seawall jam 7 pagi. Smpi area KK (kota kemuning) dlm jam 8++ melalui hiway LDP lalu depan HICOM-Proton. Aku kena cuba biasakan diri. Mengambil masa perjlnan selama hampir sejam sejauh lebih 30 km. dan kos tol adalah rm6.40 sehari. Setiap hari selama lebih sebulan.. Aku boleh.. utk ilmu & pengalaman yg tak boleh dibeli di mana2..

Masa masuk kat pejabat MIT tu rasa scary tau. Fail berselerak sana sini. Betul ke ni tempatnya… Selepas beberapa minit perbualan dgn Ms Noemi maka dia tunjukkan tempt sepatutnya kelas ni diadakan..Rupa2nya MIT tgh dlm proses nk pindah bangunan.. barula betul tempat ni agak selesa walaupun ada beberapa fasiliti yg tak memuaskn hati- eh, maksud aku BELUM.

Masuk kelas tu rasa janggal kan, dah la dh lama tak pegi sekolah, pastu jd student, pastu semua2 belum dikenali. Alhamdulillah aku dpt cope dgn situasi ini..kawan2 semua friendly, mcm yg aku duga.. aku adalah yg tertua di sana sbg peserta.. 😀 peace!! Tp tak-nampk-tua kan?

Tghari tu en hubby call kata mak tak larat nk jd faza sbb nak jahit tempahan baju kan.. so mak cdgkn hntr kat tmpt hntr Fira cousin Faza. Sebulan rm250.. ka-ching sound! Takpe sian mak kan.. tetiba trigt minyk..tol.. oh my.. tabah ok, percaya pd rezeki Allah beri.

Hari2 berikutnya aku lalui dgn penuh tabah dan semangat yg baru.. Setiap hari.. Setiap dugaan harus kutempuh.. cewah.. yg penting niat dn ikhlaskan hati. Man Jadda Wa Jadda…

Modul yg terdpt dlm program ni amat membantu bg aku. Ttg pengurusan diri, Soft-skill knowledge, Stress Management, ada Sport activity juga, best answ for intview questions,semua pasal interview, business etiquette, learn how to handle ppl at diffrnt types, creative thinking,  dan bermacam2 lagi. Ye! Bagi aku setiap hari adalah hari yg baru..

Seronok sebab jadi muda bila di kalangan org2 muda, semangat baru, suasana baru, mereka2 adalah sgt supportive. Walaupun beberapa halangan yg kuhadapi tapi kuteruskn jua.. biar kita tamatkn apa yg kita dh mulakan.. mujur ada mak (MIL) dan family yg support.. terima kasih Allah..

ok bersambung di bhgn terakhir nanti..

Sakit itu penghapus dosa2 kecil.. BHGN SATU

Perbualan sblm tido pd mlm tadi,

“Sakitnya tak tahan la. dh mcm 3 in 1. Gusi bengkak, sakit tekak, dah naik ke kepala..”

“Sabar la, moga terhapus dosa2 kecil. mana la tau ada dosa dgn suami ke..”

“Adui…”

“Abg maafkan lah segala dosa mi kat abg..”

“Eh, dah tak sakit laa…”

kah kah… jgn selenga dgn laki okeh!!

GCAP 7 @ MITA – A journey to remember – PART 1

Phew.. alhamdulillah akhirnya berakhirlah berjalanan ini demi menuntut ilmu yg tidak kurang pentingnya bagi diri aku buat masa sekarang.

 

Mungkin entry ni akan ada part by part sebab terlalu byk nk diceritakan.. ececeh.. bermula dari aku dpt twrn pegi kursus ni, lepas tu delay lepas tu tukar tempt, dan byk lagi la. apapun aku rasa bersyukur sgt sbb diberi peluang utk join program yg kerajaan dh bagi utk kami sbg pencari kerja dan lepasan graduan ni.

Baiklah, utk pencerahan diri aku sendiri dan semua (ada ke u oll semua?) aku dah hmpir setahun duduk di rumah sbg home minister. Lepas resign (yg mcm tak rela) kerja di P.Gudang hujung Mac 2012. Aku stay at home je, buat keja rutin, bakar kek, sembang dgn jiran, jalan2 kat tesco&jusco. hari2 pegi karok.. ok yg ujung tu tipu!

Ada juga mintk kat jobstreet & mudah.my pelbagai position yg dirasakan layak tp nasib tetap tidk menyebelahiku. Ada tu mintk keja kt are JB tp ms inteview company tu dok pertikai kenapa minta keja area JB walhal stay kat Melaka. *sunyisepi*. Pernah jugak mintk keja cikgu tadika (sebab nak keja sgt) tp aku rasa tak seswai.. lgpun psl gaji, nak hntr anak ke nurseri lagi (igt boleh bwk g tadika).last2 takpe la duk umah la sementara tu dpt pulak twran g GCAP ni. Aku apply utk join GCAP ni dari jobmalaysia, tajuk twrn tu ialah Skim Latihan 1 Malaysia. Aku rasa tahun aku dlu “program graduan menganggur” kot nama program ni. Apa2pun nama dia tapi modulnya mgkn sama dn ada penambahbaikan aku rasa.
Ikutkn tawaran tu stat 17 Feb – 24 Mac 2013. Masa dpt emel tu 18 Januari. So bnyk masa nak fikir dn bincg dgn encik suami. Sebulan lg kot. Dah plan nk duk umah MIL kat putrjya, kursus tu adalah di GMI, Bangi. Jadi tak terlalu jauh. Ok, nak pinjm kereta someone pun dh dpt. 2-3 Hari sblm hari kejadian, aku dpt call dr pihak sana, menyatakan kuota dh penuh. Nama aku ‘dicicirkan’ huhu utk beri peluang pd org Borneo yg dh beli tiket. ok. aku rasa takpe la aku tunggu next intake. Beberapa hari pastu dpt emel yg aku nya progrm kat Ipoh &*%$ (kenapa tak buat kat depan umah aku je senang). Dlm masa yg sama aku dpt call dr MITA utk same program tapi diadakan di Kota Kemuning. Aku hold dlu semua tu dn aku buat research..

Setelah di google map semua lokasi tu. nak stay di putrjya, berulang alik dlm 35++km sehala setiap hari adalah agak jauh dn meletihkn. plus ujung2 tu nak guna keta someone yg kasi tu dia tak jadi pulaknya.. Ada asrama disediakan kat sana tapi aku mmg tak tegar la nak tinggl baby selama sebulan.. uhuui.. mesti la tak..

Jadi skrg ni mslhnya ialah transport dan ka-ching je. sbb gas & tol everydy tu.. yg kat MITA tu stat 16 Mac – 19 April 2013. Tapi sbb agak kecewa, aku pun plan nk balik kg. 17 Mac tu tiga beranak je naik bas membawa hati nan lara. cewah..

Smpi kg, aku dh mcm aym berak kapur je.. jap2 termenung. Aku pun cite kat mak semuanya, kenapa aku balik kg, perasaan kecewa dn bla bla bla.. Mak dgn bpk pun berfikir mcmana nak setel mslh aku ni, akhirnya dia kata, “Cuba tel org yg uruskn tu boleh x masuk hr Selasa (19 Mac), klu boleh nanti bpk kasi pinjm kereta seminggu. (sbb next week tu kan cuti sek, abah x guna keta).” ok done.. dh tel org berkenaan dn dia kata bole masuk esok (selasa).

Masa tu hari Isnin, awal pagi bpk pegi repair aircond kereta sbb aku nak bawak kan.. Siap dlm tghari, Lepas zuhor aku gerak balik Melaka. (aku terima kasih sgt kat mak&bpk atas pengorbanan yg tak pernah sudah dr kecil smpi ke la, syukur Allah anugerahkan ibubapa yg begini pd aku). Smpi Melaka dlm pkul 5, kemas2 bagai, (lama kot pikir apa nk bwk). Dan gerak ke putrjaya lepas isyak’ smpi sana dlm tgh malam. Boleh byg kot penat yg mcmana tu..

Cukup la PART 1, kita sambung utk PART 2 nanti ye…

Entry untuk my-Adik & juga Mbak Ayu

tapi kan…

aku suka dgn kata2 Prof Muhaya, antara lain bunyinya seperti ini..

“biar kita yg kawal keadaan, jangan biarkan keadaan (persekitaran) yg kawal diri kita..”

eh.. kenapa entry ni ditaip dengan TAPI awalnya.. ?

adik aku pasti ada jawapannya, kan cikton kan?

erm, one more, iklan dlm tibi alhijrah cerita malam ahad ni.. ayat ni Eja yg katakan…

“Perkahwinan itu tanggungjawab, semuanya akan jadi mudah kalau kita sentiasa berpikiran POSITIF”

ayat utk diri sendiri juga.. moh kita…

pic di bawah adalah ditujukan buat my sister yg paling Ayu pada tahun ni aka Mbak Ayu..

img_20130213_212005_001

 

dengan ucapan.. COMEL tak saya? gegege…