Monthly Archives: August 2013

Saya sudah pindah :)

Iya.. malam ini aku banyak tengok rear mirror dalam kereta kehidupanku, bila aku buka kembali blog usang. Rupa-rupanya aku dah ada 4 (empat) personal weblog (termasuk yang ini) sebelum ini. Dan bak kata mentor, rear/side mirror kena tengok kadang-kadang, yang selalu kita kena tengok mestilah cermin kereta yang di depan.

Image

Jadi aku mengambil keputusan untuk pindah rumah baru, yang blogspot sebab senang sikit link dengan google. Lagipun blogspot lebih user friendly sekarang ni. (jangan marah ye wordpress!) Tak apa, http://www.rahzbakers.my masih wordpress setakat ini..

Mari aku senaraikan belog lama aku untuk tatapan sendiri..

1) http://iffah-506.blogspot.com/

Belog yang mula2 aku bina, construct. banyak berkisar masa aku belajar, dan sahabat baikku dunia akhirat. Post terakhir tentang aku bertunang dengan suami aku sekarang :P.

2) http://mrs-peratus.blogspot.com/

Tentang kehidupan dan perkongsian aku dan suami. Bak kata orang asam garam orang baru nak mula hidup rumahtangga gitu! Post terakhir adalah kelahiran anak sulong kami, Amir Al-Hakim.

3)http://ummi-hakim.blogspot.com/

Belog terakhir sebelum aku pindah rumah maya ke sini. Mestilah aku dah setting untuk diri aku sendiri. Orang lain tak boleh bukak. Atas sebab-sebab tertentu yang tak perlu aku huraikan di sini. Everybody have their own secret kan? ngehehehe.. dan pastinya belog itu aku tutup dengan entry terbaik. Tapi tetap perancangan Allah adalah lebih baik dari aku, sebagai hamba yang kerdil ini. Thank you Allah!!

4) https://safiyah07.wordpress.com/

Belog yang konon-konon nak mulakan hidup baharu yang sebenarnya kompas kehidupan aku pun bearingnya macam rosak. Dan sekarang Alhamdulillah, Allah dah tarik dan selalu ingatkan aku tentang erti kehidupan. Diberinya ribut petir dan segala macam dugaan untuk aku rasa lebih dewasa dan lebih disayangi oleh Sang Pencipta. Sebab di sana lebih banyak kemanisan yang aku perlu rasa.

5) http://richyzahrah.blogspot.com/

Belog terbaharu dan baru dibuka beberapa minit lepas. Semoga dengan pindah rumah banglo ini, rezeki dan rahmat akan melimpah ruah.. Amin amin..

Salam sayang,

Aku yang cute 🙂

p/s: Meh le ke rumah baru i, i ada buat housewarming sempena Aidilfitri :p

Aidilfitri Trip to Jitra – My son’s Wishlist

Ya! Hujung tahun lepas, memang aku berniat nak makbulkan impian anak sulongku Amir Al-Hakim untuk naik kapal terbang. Allah gerakkan hati aku untuk check tiket flight masa bulan puasa haritu, dan dapatlah tiket tambang murah kapalterbang AirAsia dari LCCT ke AOR, pada 13 Ogos 2013 jam 0710 .. iaitu pagi esok..

AA 1

Yang teruja sama adalah pastinya diri aku, sebab tak sabar nak lihat kegembiraan di mata anak lelaki itu sebab impian sudah tercapai. Walaupun cuma sejam tapi sekurang-kurangnya dapatlah beliau rasa pengalaman naik flight. Lain kali tak la janggal apabila impian kita sekeluarga tercapai iaitu (…..WISHLIST…)

Jangan tak tahu yang sebenarnya harga tiket flight tersebut adalah RM3 seorang. Bila dikira caj2 lain termasuk pemilihan seat tu yang jadi total rm170 sehala dari KL ke AS untuk kami 4 beranak..

AA 2

Abah, ummi dah belanja tiket bas dari Melaka ke LCCT dan tiket flight dari LCCT ke Alor Setar. Diharap abah dapat sponsor tiket balik ke Melaka. Samada dengan bas, flight, keretapi atau lori.. haha.. yang penting kami dapat pulang ke Selatan dengan selamat.. Amin..

P/S: Misi adalah untuk menuntut ilmu buat kek coklat moist yang sedap itu dari kak Yayah, serta bertukar-tukar idea dan strategi business (chewah!!) Semoga mendapat keberkatan dan dipermudahkanNya..

Salam sayang,

Rahz Bakers Ent.